Wednesday, September 18, 2019

Ulser Mulut

Assalamualaikum hai semua. Dah dua hari Kak Ija diserang ulser pada bibir bahagian dalam ni. Auch memang perit. Pedihnya. Petang semalam, lepas ambil Sumayyah dari school, 'Abam Lift' bawak Kak Ija p farmasi. Almaklum la, dia kan Mr Cinderella Kak Ija. ❤️❤️

Hajat di hati nak beli Bonjela. Tapi kata Farmacist, Bonjela dah habis. So, dia suggest Oral Aid. Harga RM5++. So, malam tu Kak Ija letak cecair Oral Aid di bahagian ulser. Ouch, memang pedih weii. Tapi lepas tu kebas la. Rasanya kelat la kan. Bukan sengaja terminum Oral Aid tu, tapi dah letak kat bahagian dalam bibir. Secara tak langsung akan terasa juga kat lidah.

Oral Aid


Apakan daya, oral aid macam tak jalan dengan Kak Ija.

Abam Lift bawak kak ija pi  Klinik Guna & Surgery. Dr bagi ubat Afta Med. Then nasihatkan supaya banyak minum air. Atleast 2.5liter. Elakkan makan makanan yang pedas, keras dan panas. Boleh makan aiskrim lembut, bubur. Diulangi, paling penting banyak minum air.

Afta Med

Afta Med ni bukan air tau. Ubat ni jenis gel berwarna jernih. Mudah sangat nak sapu bahagian ulser. Sepanjang Kak Ija sapu ubat ni, takde pulak rasa kelat ke, pahit ke. Yang paling best, tak sakit sangat macam guna Oral Aid. Yuhuuuu.

Alhamdulillah, lepas 4 hari, ulser di mulut Kak Ija ni dah semakin sembuh. Mungkin kalau Kak Ija lebih berdisiplin, pakai ubat, banyak minum air, tak sentuh makanan pedas, ulser ni lebih cepat sembuh.

Hangpa yang senasib dengan Kak Ija, Kak Ija doakan semoga hangpa pun cepat sembuh jugak. Bahagia hidup tanpa ulser. Yeyy nak pi Pizza Hut sat la. Nak makan macam-macam sempena luka ulser dah pulih. Hihiihi..

Monday, September 16, 2019

Set Ibu Menyusu Shaklee


Susah hati kan kalau anak tak dapat susu yang secukupnya??

Kak Ija memang 200% sangat menyarankan kawan-kawan Kak Ija yang ada masalah untuk breasfeed anak secara exclusive untuk dapatkan set ni. Kak Ija berani suggest sebab Kak Ija sendiri pun mengamalkan Set Ibu Menyusu daripada Shaklee ni tau.


By the way, Set Ibu Menyusu daripada Shaklee ni adalah kombinasi supplemen yang sangat membantu para ibu untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun dan lebih. Setiap kali melahirkan anak, Kak Ija akan pastikan Set Ibu Menyusu ni ada di rumah tau. Alhamdulillah, so kali ni diberi kesempatan untuk berkongsi di dalam blog.


Hopefully, perkongsian Kak Ija tentang Set Menyusu Shaklee ni dapat membantu ibu-ibu di luar sana berjuang menyusukan anak-anak dengan susu ibu sehingga anak berusia sekurang-kurangnya 2 tahun. Anak dapat gizi secukupnya, pahala pun dapat. Insya Allah


Firman Allah SWT:


وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ


Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.


(Surah al-Baqarah, 2:233)



Secara ringkas, ESP diperlukan sebagai sumber protein. Ostematrix sebagai sumber kalsium. Alfalfa sebagai penggalak yg merangsang “kilang” susu ibu. Walaubagaimanapun, sudah pasti resultnya tidak sama dengan ibu yg mengamalkan Set Menyusu Shaklee yang Lengkap.


SET IBU MENYUSU (BASIC) daripada SHAKLEE ni terbahagi kepada 3 item utama iaitu


1) Energy Soy Protein (ESP)

✅Membantu mempercepatkan penyembuhan luka bersalin
✅Membantu memperbanyakkan susu badan
✅Membantu memberikan lebih tenaga
✅Bagus untuk kulit ibu dan baby yang menyusu

2) OSTEMATRIX

✅Membantu menguatkan tulang
✅Membantu mengatasi sembelit / buasir
✅Membantu mengelakkan sakit2 seluruh badan terutamanya pinggang, belakang badan dan tapak kaki.

3) ALFALFA (tapi ni bukan untuk ibu preggy yer)

✅Menjadi penggalak susu badan (milk booster)
✅Membantu untuk proses detox (pembersihan) tubuh secara total.
✅Melegakan keletihan
✅Bertindak sebagai ‘kacip fatimah’ untuk para isteri

Untuk pertanyaan, boleh wasap saya, Kak Ija (your trusted Shaklee distributor, InsyaAllah😘😘)

Sunday, September 8, 2019

Set Tambah Berat Badan

Ramai sangat cakap Kak Ija makin kurus. "Kenapa kurus sangat ni?"..."Tak cukup makan ke?" "Suami tak jaga ke?" Tapi paling sedih bila ada panggil kita bini popai. Hangpa gelak no. Mungkin orang yang panggil kita macam tu dia ingat gurauan je. Hakikatnya, siapa yang minta nak jadi macam ni. Hmmm, tapi takpelah Kak Ija dah maafkan. Saya Tak Nak Kurus Sangat... !!! Dah dah taknak sedih-sedih k.


Tapi bagus jugak bila ada kritikan macam tu. Secara tak langsung, perkara tu akan jadi push factor kita untuk ubah hidup ke arah lifestyle yang lebih sihat, cergas dan.... apa-apalah. Hahhahahah.


Opss... tapi dalam kritikan tu, ada juga yang tanya Kak Ija, syok la kurus. Tak payah nak diet-diet. Hmmm kat sini Kak Ija nak highlight kat hangpa. Tak best ooo kurus ni. Orang utara cakap, "kughuih kedekiang". Hahahaha.


Kurus yang kak Ija nak highlight ni lebih spesifik kepada kekurangan berat badan atau underweight. Maknanya, berat badan terlalu rendah atau BMI yang lebih rendah dari 18.5 ataupun berat badan yang 15% hingga 20% lebih rendah berbanding dengan purata berat individu lain dengan umur dan jantina yang sama.


KENAPA TAK BEST KURUS?

Sebagai contoh, ramai yang menghadapi masalah kekurangan berat badan akan mengalami kekurangan zat kalsium dalam badan mereka.
Kondisi ini akan meningkatkan risiko menghidap penyakit osteoporosis.
Orang yang tidak mengambil zat besi yang secukupnya akan mengalami masalah kekurangan darah atau anemia.
Orang yang kurus kering mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit berjangkit.
Zat dalam makanan seperti protein adalah penting untuk menjana sistem imunisasi badan. Kekurangan zat akan menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi lemah dan risiko untuk menghidap penyakit berjangkit akan meningkat.
Orang yang terlalu kurus juga akan menjadi tidak bermaya dan kurang bertenaga. Akibatnya, produktiviti dan tumpuan mereka semasa bekerja akan terjejas.
Bagi golongan wanita, masalah kekurangan berat badan yang serius boleh menyebabkan haid yang tidak teratur dan kesukaran untuk mengandung.
Bagi golongan wanita hamil yang tidak mengambil zat makanan yang secukupnya, perkembangan bayi dalam perut boleh terjejas dan komplikasi kepada anak dan ibu boleh berlaku.


#copyandpaste https://www.doctoroncall.com.my/


So, sebagai ikhtiar, Kak Ija ambil SET TAMBAH BERAT BADAN SHAKLEE. Set ni adalah gabungan:

1. Meal Shakes

2. Vita-lea

3. B-Complex


Jom baca detail mengenai 3 suplement ni.

1. Meal Shakes
Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting
Kaya dengan Kalsium, Fiber (serat), dan Protein
Rasa yang sedap (perisa French Vanilla)
Pengambilan protein penting untuk menambah berat badan kerana ia memaksimumkan pertambahan jisim otot tanpa lemak
Protein adalah asas kepada sel-sel tubuh badan
Pengambilan protein bersama supplements lain akan meningkatkan penyerapan supplements tersebut


Set Tambah Berat Badan Shaklee
Set Tambah Berat Badan Shaklee - Meal Shakes 


Add caption


2. Vita-lea
Membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah
Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya
Membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk
Memberi tenaga, mengelakkan pitam dan pening

Set Tambah Berat Badan Shaklee
Set Tambah Berat Badan Shaklee - Vitalea


3. B-Complex
Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan
Mengawalatur kadar metabolisme dalam badan
Menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular
Mengurangkan rasa letih (menukarkan makanan kepada tenaga)
Mengelakkan tekanan perasaan/stress
Meningkatkan sistem pertahanan badan


Set Tambah Berat Badan Shaklee
Set Tambah Berat Badan Shaklee



Untuk Info & Order:

Aniza Isa
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 1322285
Email: anizaisa@gmail.com
SMS/Whatsapp: www.wasap.my/60186654216/shaklee







5 Cara Banyakkan Susu Badan

Setiap hidupan datang bersamanya ketetapan rezeki. Dan untuk seorang bayi yang baru lahir, yang memiliki sistem pencernaan yang masih lemah,...