Tuesday, November 3, 2020

Hadis Tentang Anak Perempuan

Alhamdulillah.

Syukur padaMu kerana Kau mengurniakan daku tiga orang anak perempuan.
Siapa taknak anak lelaki kan. Anak lelaki bakal pewaris. Bakal wali pada saudara perempuannya. Tapi, apa saja ketentuan Allah, selayaknya kita terima dengan syukur. Dapat jadi ibu ayah pun dah cukup bahagia. Inikan pula dapat jadi ibu ayah kepada tiga bidadari. 


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" 
(Surah Ar-Rahman : 55:18)

Ada beberapa sisipan hadis tentang memelihara anak perempuan. Semoga dapat menjadi motivasi buat ibu ayah termasuklah Kak Ija dan suami sendiri untuk membesarkan anak-anak perempuan mengikut garis panduan agama.


Hadis Pertama
Daripada Anas Ibnu Malik R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesiapa yang memelihara dua anak perempuan hingga dewasa maka dia akan datang pada Hari Kiamat bersamaku.” 
(H.R Muslim).


Hadis Kedua
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah S.W.T akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan Rahmat-Nya untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Rasulullah S.A.W, “Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata, “atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah S.A.W menjawab, “Juga untuk seorang.” 

(H.R Ahmad & Al-Hakim)


Hadis Ketiga
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah S.W.T akan memasukkan mereka ke syurga.” 
(H.R Al-Bukhari).


Hadis Keempat
Daripada A’isyah R.A, Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (H.R Bukhari, Muslim & at-Tirmizi).


Semoga bermanfaat ; >




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda

5 Cara Banyakkan Susu Badan

Setiap hidupan datang bersamanya ketetapan rezeki. Dan untuk seorang bayi yang baru lahir, yang memiliki sistem pencernaan yang masih lemah,...