Alhamdulillah.
Malam ni Kak Ija nak kongsikan sedikit pengalaman mengandungkan tiga anak dara Kak Ija. Hihi. Sumayyah, Khadijah dan Humairah. Alahai, bila taip macam ni, baru Kak Ija perasan betapa sweetnya nama bidadari-bidadari dalam rumah Kak Ija ni. Cia cia cia. Terima kasih Ya Allah atas ilham yang Kau berikan.
Honestly, Kak Ija ni kategori beruntung tau sebab ketiga-tiga kehamilan, Kak Ija kurang mengalami morning sickness semasa hamil. Bukan takde langsung. Tapi tak melampau sangat. Semasa trimester pertama sewaktu mengandungkan Khadijah adalah terjadi beberapa hari. Lepas tu, Alhamdulillah... dah boleh makan macam biasa. Takde rasa nak muntah lagi dah.
Bukan nak kata Kak Ija hebat tau. Ini semua rezeki dari Allah. Ibu-ibu yang melalui ujian getir merasa segala ketidakselesaan semasa mengandung, ini pun rezeki. Allah nak bagi pahala. Pahala sabar. Ibu-ibu janganlah complaint pulak. Agak-agak rasa nak marah tu, tarik nafas, usap perut. Istighfar banyak-banyak.
So, berbalik kepada topik utama penulisan malam ni, Kak Ija nak kongsikan 7 tips atasi loya ketika hamil.
Tips 1 : Makan dalam kuantiti sedikit, tetapi kerap
Ibu-ibu, please jangan biarkan perut tu kosong. kadang-kadang kita buat kerja (nak-nak yang mengadap laptop) sampai tak tengok jam. Sedar-sedar dah 3 jam duduk kat kerusi tak bangun-bangun. Khusyuk punya pasal. Hihii macam pengalaman jer.
Yes, ni pengalaman sendiri. Perut kosong akan membuatkan kita rasa loya lebih teruk sebenarnya. So, pastikan makan ikut waktu ya. Kerja-kerja jugak. Kesihatan ibu dan baby kena jaga juga.
Tips 2 : Banyakkan minum air
Tetapkan dalam sehari untuk minum air tanpa kafein sebanyak 6 hingga 8 gelas sehari. Elakkan minum air yang sejuk dan manis. Elakkan minuman bergas dan beralkohol. Selain menyebabkan loya bertambah teruk, air bergas dan air beralkohol juga tak baik untuk perkembangan bayi dalam kandungan.
Tips 3 : Pilih makanan yang betul dan sihat
Elakkan makan makanan yang berminyak, berlemak dan pedas. Sebaliknya, ibu mengandung perlu memilih makanan yang tinggi kandungan protein, karbohidrat dan rendah lemak. Jangan abaikan folic asid setiap hari. Jauhi perbuatan merokok dan asap rokok.
Tips 4 : Tidur dan rehat yang secukupnya
Ibu hamil sebaiknya tidur 8 jam setiap hari. Sebaiknya tidur awal dan bangun awal. Tak cukup tidur, kemudian terus breakfast. Tabiat macam ni pun boleh menyebabkan ibu mudah loya. Silap hari bulan tak sempat pun nak breakfast disebabkan loya.
Tips 5 : Hindari Tekanan
Tertekan atau stress boleh menjadi asbab loya lebih teruk. Seandainya ibu-ibu tertekan, cuba plan semula jadual kerja. Bahagi masa dengan efektif. Kalau anak ramai, banyak komitmen, lagilah ibu-ibu kena merancang kerja harian dengan baik. Sebagai seorang Muslim, kerap berwuduk dan perbanyakkan zikir mudajat. InsyaAllah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi lebih tenang.
Nak dapatkan supplement Shaklee sebagai makanan tambahan terbaik sepanjang tempoh kehamilan, hubungi Kak Ija terus ya.
Anniza Isa0186654216
Independent Distributor
Trusted SID
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda