Rasanya rugi kalau Kak Ija tak share pengalaman yang teramat berharga yang Allah izinkan berlaku dalam hidup Kak Ija Mac lalu.
Apa tu???
Alhamdulillah pada tanggal 22 Mac 2019 yang lalu, Kak Ija dan suami diizinkannya untuk terbang ke bumi Haramain. Yang seronoknya kami dapat bawa Khadijah bersama. Masa tu Khadijah baru berusia 4 bulan.
Actually, kami tak plan pun nak buat umrah date tu. Sepatutnya nak pergi hujung tahun. Tapi sebab terpengaruh dengan kakak kedua Kak Ija merangkap bff Kak Ija dok ajak join dia pergi umrah.... Akhirnya Kak Ija dan suami buat keputusan untuk awalkan niat kami.
Pastinya perancangan Allah lebih baik.
Bulan Januari, 2019, dengan hanya bertawakal, Kak Ija dan suami mendaftar untuk pergi umrah bersama UHB Travel and Tours. Nanti Kak Ija bagi review pasal agency ni. InsyaAllah.
Masa berbaki untuk kami buat persediaan hanya tinggal kurang lebih sebulan dua jer.
Antara kelengkapan untuk baby Khadijah yang Kak Ija bawa adalah:-
#1 Sejadah mini
Sejadah ni Kak Ija guna sebagai pelapik Khadijah setiap kali nak solat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Sangat berbaloi dan berguna beli sejadah mini ni. Maklumlah sejadah mini ni menggunakan fabrik cotton. So, selesa baby nak buat kuak lentang atas tu. Nak bawak tilam kecil ke mana-mana, Kak Ija rasa macam tak begitu praktikal. Bagi Kak Ija la. Kalau hangpa rasa okay, dipersilakan ye. 😬😊
#2 Jaket berpenutup kepala (hoody jacket)
Kak Ija tak sure musim lain. Tapi masa Kak Ija pergi tu, Madinah berangin dan sejuk. Setiap kali nak pergi Masjid Nabawi, Kak Ija wajib pakaikan Khadijah dengan jaket ni. Tq my biras, Kak Jaja sebab bagi jaket ni pada Khadijah.
#3 Minyak Herba Asma Mujarab
Kak Ija selalu pakaikan Khadijah dengan minyak ni. Minyak ni kalau batuk ke selsema... sapu kat dada, belakang badan, leher dan batang hidung bayi. Dengan izin Allah lega. Alhamdulillah sesuai dengan Khadijah.
#4 Stokin kaki
Ni benda wajib jugak. Untuk elakkan Khadijah kesejukkan. Kita yang dewasa ni pun rasa sejuk, inikan pulak bayi 4 bulan.
#5 Pampers
Kak Ija spare 1 jer dalam beg baby. Risau jugak kalau baby 'buat kerja' ke apa kat masjid nanti kan. Tapi, memang tak guna pun. Sepanjang di Mekah dan Madinah, Kak Ija tukar di Hotel je. Itulah pentingnya hotel dekat jika kita bawak anak kecil ni. Mudah nak tukar pampers sebelum masuk waktu solat.
Ops kat sana Kak Ija tak jumpa pulak tempat tukar lampin bayi macam di Malaysia. Kalau ada pun tempat berwuduk. Kalau ada, bagitau tau. Mudah sikit, tak perlu balik hotel. Hihii.
#6 Baby carrier
Suami Kak Ija paling banyak guna baby carrier ni ketika di Mekah. Nak saei dan tawaf wajib ada benda ni. Baby pun lena jer sepanjang duduk dalam ni.
![]() |
"Apa yang berlaku ni"... Jah dah pelik dah |
Untuk Kak Ija, Kak Ija guna carrier ni masa nak bawak Khadijah masuk ke Raudhah. Activity lain, mostly husband Kak Ija yang guna carrier ni. Raudhah, kalau ikutkan tak boleh bawak masuk anak kecil. Tapi tak tahulah, masa Kak Ija bawak Khadijah tu, mudah pulak rasanya. Group Kak Ija adalah group pertama masuk ke Raudhah. Di karpet hijau tu Kak Ija memang rasa semua ni atas izin Allah. Pada masa tu, karpet merah masjid Nabawi belum ditukar kepada karpet hijau seperti sekarang. So, hangpa memang akan dapat bezakan antara Raudhah atau bukan.
Dapat bawak Khadijah masuk ke dalam Raudhah satu anugerah yang tak mungkin Kak Ija lupakan sampai bila-bila.
#7 Stroller
Jarang jugak guna stroller ni. Most of the time guna baby carrier. Senang nak bergerak. Tapi Kak Ija guna stroller ni jika ada lawatan.
![]() |
Masa ni nak bertolak ke Mekah. Kami stanby kat luar hotel. |
Vaksin Pneumococal
Ini bukan untuk masuk beg ye. Hihii. Tapi persediaan tubuh badan bayi. Untuk persediaan dari segi vaksin, Kak Ija sangat sarankan hangpa yang nak ke sana untuk berikan baby anda suntikan vaksin Pneumococcal.
Secara umumnya, nak pergi umrah atau travel ke mana-mana tempat dengan bayi ni memang kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal extra. Sebelum mendaftar kakak Kak Ija dah maklumkan bahawa Mekah dan Madinah memang negara yang lasak.
Jangan takut. Satu je Kak Ija tanam dalam hati, kita nak ke sana atas jemputan Dia. INSYAALLAH, Dia pasti jaga kita. Yang penting kita perlu buat bekalan sehabis baik kemudian bertawakal.
Jangan lupa share jika bermanfaat.
Sharing is caring...