Tuesday, November 5, 2019

Ikhtiar Menyusu Bayi

Assalamualaikum. Pagi ni Kak Ija nak kongsikan apa yang Kak Ija buat untuk kekal menyusukan Khadijah ketika bulan Ramadhan yang lepas.

Mudah jer. Kak Ija akan mengamalkan setiap kali selepas sahur, wajib makan kurma Ajwa 3 biji, dan sekurang-kurangnya segelas air suam. Dengan izin Allah, Kak Ija mampu bertahan untuk berpuasa dan buat stock susu perahan kat Hani Khadijah. Ponteng puasa sehari je tau. Hihiii.

Di luar bulan Ramadhan pula, untuk memeriahkan lagi susu badan, Kak Ija akan ambil supplement kesayangan iaitu SET MENYUSU SHAKLEE.

Mommy kat luar sana kena think positive tau. Allah tu menciptakan kita dan anak-anak kita dengan sebaik-baik kejadian. Dia jugaklah yang menentukan rezeki kita. Dalam surah Hud, ayat keenam, Allah berfirman,

"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya".

Ada Kak Ija dengar, mommy takde susu nak beri pada anak. Kak Ija tak sure macam mana keadaan mommy yang tak dapat beri susu badan pada baby. Mungkin disebabkan penyakit (semoga Allah sembuhkan penyakit mommy ya) Tapi, Kak Ija percaya, selagi kita berazam kuat, berdoa dan berusaha sehabis baik untuk breastfeed anak kita, InsyaAllah Allah mudahkan kan. Sebab, susu badan ni, konsepnya demand and supply. Lagi banyak kita beri susu badan pada baby, lagi banyaklah susu badan yang terhasil. InsyaAllah.

Malah, Allah jugak beri kita ganjaran pahala melalui penyusuan bayi.

Serius cakap, breastfeed ni selain daripada nikmat nutrisi yang kita dapat supply kepada baby kita, nikmat bonding tu memang lain macam. Subhanallah. Kita peluk baby walau rapat macam manapun, takkan sama dengan rasa nikmat ketika baby kita menyusu direct dengan kita. Kat situ kita nampak wajah naif dia... tangan kecil dia... mata bulat dia... tengah fokus pada susu yang dia minum. Kadang-kadang stop, kadang-kadang sambung balik. Allahu Akbar.

Mungkin mommy-mommy di luar sana boleh cuba mengamalkan supplement ni.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda

5 Cara Banyakkan Susu Badan

Setiap hidupan datang bersamanya ketetapan rezeki. Dan untuk seorang bayi yang baru lahir, yang memiliki sistem pencernaan yang masih lemah,...