Tuesday, November 10, 2020

5 Cara Banyakkan Susu Badan

Setiap hidupan datang bersamanya ketetapan rezeki. Dan untuk seorang bayi yang baru lahir, yang memiliki sistem pencernaan yang masih lemah, Allah telah menetapkan baginya bahawa susu ibu adalah yang makanan paling terbaik. Kolostrum yang dihasilkan oleh payudara ibu beberapa hari terawal akan membekalkan antibodi yang baik untuk bayi melawan jangkitan. Subhanallah. Maha Adil Allah. tiada sesuatu pun yang terlepas dari pandanganNya. Semua makhluk dalam penjagaan Allah SWT.


Cara Banyakkan Susu Badan


1. Kerapkan Susukan Bayi

Konsep menyusukan bayi adalah ‘supply and demand’. Lebih banyak bayi menyusu, lebih banyak susu dihasilkan.

Sebaik-baiknya, susukan bayi setiap 2 jam pada waktu siang. Jika bayi tidur melebihi 2 jam, kejutkan bayi untuk disusukan.

Aktiviti kerap menyusukan bayi ini bukan sahaja dapat memperbanyakkan susu badan, malah bayi baru lahir InsyaAllah akan cepat sembuh dari jaundis atau kuning.


2. Teknik "Power Pumping"

Cuba teknik 'power pumping’ ni. Ini adalah teknik luar biasa yang boleh memperbanyakkan susu badan. Tapi, teknik ini perlukan kesabaran. Mungkin pertama kali, susu yang dihasilkan hampir tiada atau sedikit sahaja. Namun, jika istiqamah, ibu-ibu akan mendapatkan hasil seperti yang diinginkan. InsyaAllah.

Baca artikel penuh tentang Power Pumping di sini.


3. Banyakkan Minum Air Kosong

Cara Banyakkan Susu Badan


Ibu-ibu jangan mengelat minum air kosong ya. Lagi banyak air kosong diminum, lagi banyak susu badan yang akan terhasil. Amalkan minum air kosong 2- 3 liter sehari untuk mendapatkan hasil yang optimum.


4. Banyakkan Makan Makanan Penggalak Susu Badan


Antara makanan yang menggalakkan penghasilan susu badan adalah kurma, lobak putih, sawi, oat, keju.
Namun jika sukar untuk mendapatkan makanan ini secara konsisten setiap hari, ibu-ibu boleh membeli milkbooster yang ideal.



5. Jauhi Makanan Perenjat Penghasilan Susu Badan

Setelah puas berusaha melakukan pelbagai teknik untuk memperbanyakkan susu badan, jangan pandang remeh pada makanan yang boleh menghalang penghasilan susu.


Antaranya daun pasley, oregano, minuman berkafein dan beralkohol.






Thursday, November 5, 2020

Zikir Perbanyakkan Susu Badan

Dengan lafaz Bismillah Kak Ija menulis pagi ini.

Syukur, Alhamdulillah.

Hari ni Allah beri kesempatan untuk menulis sesuatu yang Kak Ija rasa ramai ibu-ibu jarang lakukan. Ibu-ibu, kita selalu cari tahu tentang makanan terbaik ketika hamil. Makanan terbaik untuk menyusukan anak. Nutrisi lengkap untuk bayi dan segala macam berkenaan fizikal ingredient untuk keperluan tubuh permata hati kita. Betul ke betul sangat?

Alhamdulillah sebab kita ada keinginan memberikan yang terbaik buat anak tersayang.

Why not kalau mulai dari hari ini kita tambah baik perkara dalam hidup kita iaitu perbanyakkan zikir. Zikir salah satu cara mengingati Allah. Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

So, pagi ini, Kak Ija nak kongsikan satu zikir yang amat bagus diamalkan oleh ibu-ibu menyusu.

===========================
Baca zikir YA MATIN (sebanyak 70x) 
setiap malam dan subuh
hembuskan pada air & minum.
========================

Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Lagi banyak kita berdoa, lagi Allah suka mendengarnya.
Allah suka pada hamba-NYA yang merayu2.
Mintalah dgn Allah, sbb hanya Dia yang berkuasa memenuhi permintaan setiap manusia.

Tuesday, November 3, 2020

5 Tips Atasi Loya Nak Muntah Ketika Hamil

 Alhamdulillah. 

Malam ni Kak Ija nak kongsikan sedikit pengalaman mengandungkan tiga anak dara Kak Ija. Hihi. Sumayyah, Khadijah dan Humairah. Alahai, bila taip macam ni, baru Kak Ija perasan betapa sweetnya nama bidadari-bidadari dalam rumah Kak Ija ni. Cia cia cia. Terima kasih Ya Allah atas ilham yang Kau berikan. 

Honestly, Kak Ija ni kategori beruntung tau sebab ketiga-tiga kehamilan, Kak Ija kurang mengalami morning sickness semasa hamil. Bukan takde langsung. Tapi tak melampau sangat. Semasa trimester pertama sewaktu mengandungkan Khadijah adalah terjadi beberapa hari. Lepas tu, Alhamdulillah... dah boleh makan macam biasa. Takde rasa nak muntah lagi dah.

Bukan nak kata Kak Ija hebat tau. Ini semua rezeki dari Allah. Ibu-ibu yang melalui ujian getir merasa segala ketidakselesaan semasa mengandung, ini pun rezeki. Allah nak bagi pahala. Pahala sabar. Ibu-ibu janganlah complaint pulak. Agak-agak rasa nak marah tu, tarik nafas, usap perut. Istighfar banyak-banyak.

So, berbalik kepada topik utama penulisan malam ni, Kak Ija nak kongsikan 7 tips atasi loya ketika hamil.

Tips Atasi Loya Nak Muntah Ketika Hamil

Tips 1 : Makan dalam kuantiti sedikit, tetapi kerap

Ibu-ibu, please jangan biarkan perut tu kosong. kadang-kadang kita buat kerja (nak-nak yang mengadap laptop) sampai tak tengok jam. Sedar-sedar dah 3 jam duduk kat kerusi tak bangun-bangun. Khusyuk punya pasal. Hihii macam pengalaman jer. 

Yes, ni pengalaman sendiri. Perut kosong akan membuatkan kita rasa loya lebih teruk sebenarnya. So, pastikan makan ikut waktu ya. Kerja-kerja jugak. Kesihatan ibu dan baby kena jaga juga.


Tips 2 : Banyakkan minum air 

Tetapkan dalam sehari untuk minum air tanpa kafein sebanyak 6 hingga 8 gelas sehari. Elakkan minum air yang sejuk dan manis. Elakkan minuman bergas dan beralkohol. Selain menyebabkan loya bertambah teruk, air bergas dan air beralkohol juga tak baik untuk perkembangan bayi dalam kandungan.


Tips 3 : Pilih makanan yang betul dan sihat

Elakkan makan makanan yang berminyak, berlemak dan pedas. Sebaliknya, ibu mengandung perlu memilih makanan yang tinggi kandungan protein, karbohidrat dan rendah lemak. Jangan abaikan folic asid setiap hari. Jauhi perbuatan merokok dan asap rokok.


Tips 4 : Tidur dan rehat yang secukupnya

Ibu hamil sebaiknya tidur 8 jam setiap hari. Sebaiknya tidur awal dan bangun awal. Tak cukup tidur, kemudian terus breakfast. Tabiat macam ni pun boleh menyebabkan ibu mudah loya. Silap hari bulan tak sempat pun nak breakfast disebabkan loya.


Tips 5 : Hindari Tekanan

Tertekan atau stress boleh menjadi asbab loya lebih teruk. Seandainya ibu-ibu tertekan, cuba plan semula jadual kerja. Bahagi masa dengan efektif. Kalau anak ramai, banyak komitmen, lagilah ibu-ibu kena merancang kerja harian dengan baik. Sebagai seorang Muslim, kerap berwuduk dan perbanyakkan zikir mudajat. InsyaAllah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi lebih tenang.


Nak dapatkan supplement Shaklee sebagai makanan tambahan terbaik sepanjang tempoh kehamilan, hubungi Kak Ija terus ya.

Anniza Isa
0186654216
Independent Distributor
Trusted SID


Hadis Tentang Anak Perempuan

Alhamdulillah.

Syukur padaMu kerana Kau mengurniakan daku tiga orang anak perempuan.
Siapa taknak anak lelaki kan. Anak lelaki bakal pewaris. Bakal wali pada saudara perempuannya. Tapi, apa saja ketentuan Allah, selayaknya kita terima dengan syukur. Dapat jadi ibu ayah pun dah cukup bahagia. Inikan pula dapat jadi ibu ayah kepada tiga bidadari. 


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" 
(Surah Ar-Rahman : 55:18)

Ada beberapa sisipan hadis tentang memelihara anak perempuan. Semoga dapat menjadi motivasi buat ibu ayah termasuklah Kak Ija dan suami sendiri untuk membesarkan anak-anak perempuan mengikut garis panduan agama.


Hadis Pertama
Daripada Anas Ibnu Malik R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesiapa yang memelihara dua anak perempuan hingga dewasa maka dia akan datang pada Hari Kiamat bersamaku.” 
(H.R Muslim).


Hadis Kedua
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah S.W.T akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan Rahmat-Nya untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Rasulullah S.A.W, “Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata, “atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah S.A.W menjawab, “Juga untuk seorang.” 

(H.R Ahmad & Al-Hakim)


Hadis Ketiga
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah S.W.T akan memasukkan mereka ke syurga.” 
(H.R Al-Bukhari).


Hadis Keempat
Daripada A’isyah R.A, Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (H.R Bukhari, Muslim & at-Tirmizi).


Semoga bermanfaat ; >




Sunday, November 1, 2020

Set Hamil Shaklee

Hai Assalamualaikum.

Kalau sekarang ni mommies sudah disahkan pregnant, Kak Ija ucapkan tahniah. Make sure makan makanan yang sihat ya. Sekali sekala nak makan chocolate apa salahnya. Tapi jangan over sangatlah. Kang tak pasal-pasal dapat diabetes semasa hamil. Nauzubillah.

So, kalau sekarang ni mommies sedang mencari supplement terbaik ketika hamil, Kak Ija recommend set ni. 


SET HAMIL SHAKLEE

Jom lihat testimoni mereka yang telah mengamalkan set ni.

Testimoni Set Hamil Shaklee

Testimoni Set Hamil Shaklee : Berat naik terkawal, tak sembelit dan tak kejang kaki. Result HB pun maintain.


Testimoni Set Hamil Shaklee

Testimoni Set Hamil Shaklee : HB cantik, kulit makin cerah, kejang otot tiada. Membuang pun senang.


Testimoni Set Hamil Shaklee : Badan bertenaga dan tiada cramp kaki pada waktu malam.


Mommies perlukan consultation, just wasap Kak Ija yer.😀

Anniza Isa
0186654216
Independent Distributor
Trusted SID





5 Cara Banyakkan Susu Badan

Setiap hidupan datang bersamanya ketetapan rezeki. Dan untuk seorang bayi yang baru lahir, yang memiliki sistem pencernaan yang masih lemah,...