Hajat di hati nak beli Bonjela. Tapi kata Farmacist, Bonjela dah habis. So, dia suggest Oral Aid. Harga RM5++. So, malam tu Kak Ija letak cecair Oral Aid di bahagian ulser. Ouch, memang pedih weii. Tapi lepas tu kebas la. Rasanya kelat la kan. Bukan sengaja terminum Oral Aid tu, tapi dah letak kat bahagian dalam bibir. Secara tak langsung akan terasa juga kat lidah.
![]() |
Oral Aid |
Apakan daya, oral aid macam tak jalan dengan Kak Ija.
Abam Lift bawak kak ija pi Klinik Guna & Surgery. Dr bagi ubat Afta Med. Then nasihatkan supaya banyak minum air. Atleast 2.5liter. Elakkan makan makanan yang pedas, keras dan panas. Boleh makan aiskrim lembut, bubur. Diulangi, paling penting banyak minum air.
![]() |
Afta Med |
Afta Med ni bukan air tau. Ubat ni jenis gel berwarna jernih. Mudah sangat nak sapu bahagian ulser. Sepanjang Kak Ija sapu ubat ni, takde pulak rasa kelat ke, pahit ke. Yang paling best, tak sakit sangat macam guna Oral Aid. Yuhuuuu.
Alhamdulillah, lepas 4 hari, ulser di mulut Kak Ija ni dah semakin sembuh. Mungkin kalau Kak Ija lebih berdisiplin, pakai ubat, banyak minum air, tak sentuh makanan pedas, ulser ni lebih cepat sembuh.
Hangpa yang senasib dengan Kak Ija, Kak Ija doakan semoga hangpa pun cepat sembuh jugak. Bahagia hidup tanpa ulser. Yeyy nak pi Pizza Hut sat la. Nak makan macam-macam sempena luka ulser dah pulih. Hihiihi..
Afta Med ya namanya. Ok noted :D
ReplyDelete